Selepas sukses di Indonesia, filem Dua Garis Biru bakal dibawa ke Malaysia dan memulakan tayangan pada 3 Oktober ini.
Ternyata filem arahan Gina S.Noer itu telah mendapat sambutan hangat di Indonesia apabila mencatat lebih daripada 2.5 juta penonton.
Malah, selepas enam hari ditayangkan, Dua Garis Biru meraih lebih satu juta penonton dan menjadi perbualan ramai.
Rata-rata komen mengangkat mesej positif yang cuba disampaikan menerusi filem yang dijayakan dua pelakon remaja, Zara JKT48 dan Angga Yunanda.
Dua Garis Biru mengisahkan tentang dua pelajar sekolah berusia 17 tahun, iaitu Dara (Zara JKT48) dan Bima (Angga Yunanda) menjalinkan hubungan cinta dan akhirnya terlanjur.
Konflik berlaku apabila Dara dibuang sekolah, manakala Bima pula boleh meneruskan persekolahanya seperti biasa.
Filem berdurasi 103 minit ini menjentik emosi penonton apabila Dara dan Bima terpaksa melalui beberapa perkara yang tidak pernah dibayangkan oleh remaja berusia 17 tahun.
Dua Garis Biru mungkin kontroversi bagi sesetengah penontonnya, tetapi nilai moral yang terkandung dalam filem ini wajar dipandang serius.
Selain Zara dan Angga, lakonan Cut Mini, Dwi Sasono, Lulu Tobing, Arswendy Bening Swara, Rachel Amanda, Maisha Kanna, Shakira Jasmine dan Ligwina Hananto melengkapkan lagi jalan cerita Dua Garis Biru.
Adakah Dara dan Bima mampu mengatasi rintangan selepas bergelar ibu dan bapa disaat masih bergelar pelajar sekolah?
Nantikan tayangannya di seluruh negara Oktober ini.