Skip to main content

Budaya Popular

Selepas KRU, Netizen Speku Elite Bakal Ada Konsert - “Kenapa IG Ni Muncul Tiba-Tiba? Dah Ada Bau-Bau Konsert Ni”

astro_gempak_selepas-kru-netizen-speku-elite-bakal-ada-konsert.jpg

Selepas kejayaan KRU mengadakan konsert baru-baru ini, kini nama kumpulan Elite pula dipetik netizen.

Official Instagram

Elite menjadi perhatian netizen susulan muncul satu akaun Instagram baharu dengan menggunakan id @eliteofficialmy hari ini.

Advertisement

Dengan posting pertama yang memaparkan logo Elite, akaun itu memaklumkan mereka telah kembali.

“Assalammualaikum ELITE Warriors. Semoga semua sihat walafiat dan dilindungi Allah S.W.T. We are back,” maklum hantaran berkenaan.

Walaupun baru hanya dua hantaran yang dikongsikan, namun netizen sudah mula menyatakan keterujaan mereka terhadap kumpulan wanita itu.

Rata-ratanya meneka Elite bakal mengadakan konsert tidak lama lagi dan menganggap kewudujan Instagram itu sebagai ‘hint’ mereka.


Berikut merupakan hantaran di Instagram Elite Official:

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by E L I T E (@eliteofficialmy)

Must-Watch Video