Skip to main content

Viral

Sebak Lihat Tengku Permaisuri Selangor Menangis, Rakyat Ucap Salam Takziah...

tengku-permaisuri-selangor-tengku-permaisuri-norashikin-sebak-ayahanda-meninggal-dunia.jpg
Tengku Permaisuri Selangor (TPS), Tengku Permaisuri Norashikin baru sahaja kehilangan ayahanda tersayang, Tuan Haji Abdul Rahman Baba semalam.

Menerusi laman Instagram dan Facebook rasmi Selangor Royal Official, foto-foto yang merakamkan detik majlis pengebumian ayahanda TPS meruntun hati rakyat.

BACA: Ayahanda Permaisuri Selangor Meninggal Dunia

Lebih-lebih lagi apabila melihat wajah TPS yang begitu sedih dan mengalirkan air mata membuatkan rakyat turut berasa sebak.

Menerusi kedua-dua platform laman sosial berkenaan, rakyat juga menitipkan ucapan takziah buat TPS dan keluarga.

Gempak kongsikan foto-foto TPS yang dibidik oleh jurufoto profesional dari Selangor Royal Official dan Bernama, Mohd Asri Saifuddin Mamat.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Bernama (@bernamaofficial)

Advertisement

Must-Watch Video