Penyanyi popular, Khai Bahar tidak akan meminta bayaran tinggi kepada sesebuah produksi sekiranya dia berpeluang untuk berlakon.
Menurut Khai, dia tidak mahu berbuat demikian kerana tidak mempunyai pengalaman dalam dunia lakonan.
"Sekiranya saya berlakon, saya tidak akan 'demand' harga yang tinggi kerana sudah tentu saya akan bergelar seorang pelakon baru.
"Saya telah memulakan kerjaya sebagai seorang penyanyi, jadi jika saya berlakon, sudah tentu saya tiada pengalaman dan banyak perkara yang perlu dipelajari.
"Untuk watak pula, saya tak kisah diberikan watak apa sahaja, saya jenis yang tak memilih," kata Khai kepada Gempak.
Khai mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2016 dan berjaya membina popularitinya sehingga kini menerusi lagu-lagu hitnya seperti Bayang, Luluh dan Rahsia Kita.