Pelakon yang kini bergelar rapper, Saharul Ridzwan berasa hairan dengan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa kerjaya lakonannya sudah mula perlahan.
Menurut Saharul, dia masih aktif menjalani penggambaran drama dan masih banyak drama lakonannya yang masih belum disiarkan di stesen televisyen.
"Saya tak tahu kenapa orang kata kerjaya lakonan saya mulai sejuk, ketika mula saya dengar mengenai dakwaan itu, saya berasa hairan.
"Saya memang masih aktif berlakon dan masih ada lima atau enam drama lakonan saya yang masih belum ditayangkan.
"Namun begitu saya bersyukur kerana kebiasaannya, apabila drama lakonan saya ditayangkan, ia mendapat sambutan," kata Saharul.
Saharul berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran klip video Buku Putih bertempat di The Pearl Kuala Lumpur sebentar tadi.
Single ini ditulis oleh Saharul dengan sedikit suntingan dari Ajai dan dinyanyikan oleh mereka berdua, ia sudah berada di semua platform digital, video muzik rasminya juga telah mula ditayangkan di YouTube.