Skip to main content

Berita Tempatan

"Saya Memang Akan Mengelak Kalau Ada Peminat Minta Nak Video Call" - Ini Alasan Usop

usopp-vid.jpg
Penyanyi kelahiran program realiti Mentor, Usop mengakui tidak akan melayan panggilan video daripada peminatnya.

Menurut Usop, dia mengambil pendekatan itu supaya tidak menjadi mangsa sesetengah pihak yang mahu mengambil kesempatan tidak baik terhadap dirinya.

"Sejujurnya, saya memang perlu berhati-hati apabila bergelar selebriti ini dan saya paling takut kalau video call dengan orang terutama orang yang tidak dikenali.

"Tidak dapat dinafikan ada juga peminat yang minta nak video call dengan saya namun saya memang akan mengelak supaya perkara yang tidak diingini berlaku.

"Saya buat perkara itu bukan sebab sombong namun saya ambil iktibar daripada selebriti lain dalam industri yang pernah terkena dengan kontroversi sebegini.

"Saya risau jika sesuatu yang tidak diingini berlaku akan membuatkan keluarga saya malu," katanya kepada Gempak.

Usop berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran syarikat pengurusan artis, Rocketfuel Entertainment bersama anak-anak yatim di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sementara itu, jangan lupa untuk mendengar single raya terbaharu daripada Usop bersama Sufi Rashid, Ara dan Masya Masyitah iaitu Sempurna Seadanya.

Must-Watch Video

Advertisement