Penyanyi dan bintang program Big Stage, Wani Kayrie sedang merancang untuk menghasilkan album sulungnya tidak lama lagi.
Menurut Wani, dia sedang dalam persediaan dari segi pengumpulan material dan mencari idea mencipta suatu kelainan dalam lagu-lagu terbarunya nanti.
"Insha-Allah saya akan melancarkan album terbaru tidak lama lagi, tetapi semuanya masih dalam perbincangan.
"Saya mahu sesuatu yang berbeza, kalau boleh saya mahu lari dari genre pop dan balada, saya sangat mahukan elemen pop dangdut atau dangdut koplo.
"Saya juga sedang mencari komposer yang sesuai untuk menghasilkan lagu sebegitu, semoga semuanya diperudahkan," kata Wani kepada Gempak.
Dalam perkembangan lain, Wani juga akan muncul dalam program realiti The House musim kelima bersama Sissy Iman dan Sarah Suhairi, penggambaran program itu telah bermula hari ini di Janda Baik dan Kuantan, Pahang.