Skip to main content

Berita Tempatan

"Saya Dah Cuba Pelbagai Rawatan Islam, Mereka Tetap Dalam Dunia Sendiri" - Zarina Zainuddin

zarinaphonebefunky-collage_1.jpg
Pelakon Zarina Zainuddin berkongsi sepotong video anaknya, Muhammad Razil Azrai atau Azil yang sedang berfantasi seorang diri.

Difahamkan, perkara itu kerap berlaku untuk anaknya yang menghidap autism itu.

"Azil dan dunia fantasinya," tulis Zarina ringkas sebagai kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, seorang pengikut Zarina bertanya sama ada dia pernah membawa anaknya ke pusat rawatan Islam.

"Salam Kak Zarina, maaf kalau saya bertanya, akak pernah cuba bawa ke perubatan Islam?

"Saya ada seorang anak buah down syndrome, dengan berkat doa dan usaha kami bawa ikhtiar perubatan Islam.

"Alhamdulillah masa baby dulu dia dah kurang berliur dan dia dah dapat berjalan," tulis netizen terbabit.

Tidak berdiam diri, Zarina membalas komen tersebut.

"Anak autism tak sama dengan down syndrome, saya dah cuba pelbagai perawatan Islam dari mereka kecil lagi, mereka tetap dalam dunia mereka sendiri," balasnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#autism #autismawerness

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on




Azil mempunyai pasangan kembar iaitu Muhammad Raizal Azrai (Azal) yang juga menghidap penyakit yang sama dengannya.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement