Skip to main content

Berita Tempatan

Salih Yaacob Sambut Hari Lahir Bersama 3 Isteri, Peminat Minta Kongsi Rahsia Kebahagian Rumah Tangga

salihyaacob3isteri.jpg
Penyampai radio Sinar, Salih Yaacob menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 57 semalam.

Menerusi foto yang dikongsi akaun rasmi Instagram Sinar, majlis hari lahir itu meriah sekali apabila dia menyambutnya disamping tiga orang isterinya.

Entri tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata kagum dengan keharmonian rumah tangga selebriti itu.

Malah terdapat peminat yang meminta Salih berkongsi rahsia kebahagiaan bersama tiga orang isterinya.

Salih turut dihujani ucapan hari lahir.

Terdahulu, Salih pernah berkahwin dengan empat orang isteri namun jodohnya bersama isteri kedua tidak berpanjangan dan berpisah pada tahun 2016.

Advertisement

Must-Watch Video