Skip to main content

Berita Tempatan

Rossa Jalani Umrah Sambil Sampaikan Doa Peminat Di Tanah Suci

rossamakkah.jpg
Penyanyi popular Indonesia, Rossa berkesempatan mengerjakan umrah di Makkah ketika ini sambil membacakan doa peminat sewaktu berada di sana.
 
Hasrat Rossa membantu peminatnya itu dinyatakan menerusi media sosial di Instagramnya, @itsrossa910 yang mengalukan peminatnya untuk menuliskan ucapan doa mereka di ruang komen.
 
Status itu mendapat pelbagai komen daripada peminat yang mahu penyanyi jelita itu menitipkan doa mereka.
 
Penyanyi lagu popular, Pudar itu turut berkongsi gambar-gambar menarik bersama video ketika berada di Tanah Suci menerusi akaun media sosial tersebut.
 

Rossa kelihatan anggun bertudung dan berjubah kelihatan membawa bersama anaknya, Rizky Langit Ramadan ke sana.
 
Dia juga membawa kedua ibu bapanya ke sana.
 
"Semoga semua yang menginginkan bisa umrah bersama kedua orang tua dan keluarga diberikan kemudahan oleh Allah dan menjadi tamu Allah.aamiin ya Rabb.
 
"Alhamdulillaah karunia-Mu ya Allah.semoga kami termasuk orang yang bersyukur .aamiin ya Rabb," katanya.
 
Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @itsrossa910

 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement