Sekolahkan influencer kurang ajar
Menerusi satu hantaran di Insta Stories, Rita lantang mempersoalkan adab pempengaruh tersebut.
“Biar takde rupa… Asal ada adab,” tulis Rita, seakan menyindir tindakan tersebut.
Tambahnya lagi, ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu turut mempersoalkan tindakan pempengaruh berkenaan yang dikatakan telah memadam video content tersebut selepas menerima reaksi negatif.
“Awat delete video content tu? Delete buat apa? Buat la banyak-banyak lagi. Hiburkan diri sendiri,” persoal Rita.
Ilmu tinggi tak jamin ada adab baik
Advertisement
Dalam masa sama, Rita sekali lagi menekankan bahawa ilmu tinggi tidak menjamin seseorang itu memiliki adab yang baik.
“Biar ilmu tak setinggi gunung… Asal adab tak serendah tapak kaki,” coretnya lagi.
Terdahulu, pempengaruh media sosial, Imran Bard mencetuskan rasa kurang senang pelakon veteran, Ellie Suriaty selepas memuatnaik satu konten yang dianggap telah mencemarkan namanya.
Dalam konten video berkenaan, Imran menjadi seorang juri dalam sebuah program nyanyian serta memetik nama Ellie yang didakwa mengambil bahan terlarang.