Minggu kedua menyaksikan empat Bintang Raise The Star Malaysia (RTSMY) iaitu Boss Wan, Erika Foo, Syaf Kahar dan Nishman terpaksa mengucapkan selamat tinggal.
Manakala dengan Tema Who I Am? RTSMY minggu kedua menyaksikan Zuana, Didie Shazry, Hariz Fahayet, Pasya dan Max Brandon berjaya di kedudukan lima teratas.
Untuk minggu ketiga, 18 bintang yang masih kekal dicabar untuk menyanyikan lagu tugasan mereka secara solo dengan tema “My FYP” dimana lagu-lagu yang menjadi pilihan pengguna sosial media masa kini.
Advertisement
Berikut merupakan senarai lagu tugasan minggu ketiga:
Kesemua peserta diadili oleh lima juri tetap iaitu Ajai, Shila Amzah, Ikhwan Fatanna, Audi Mok dan Aina Abdul.
Para peserta akan diadili oleh komposer berdasarkan persembahan dengan markah penjurian sebanyak 80%, manakala undian pihak umum pula menyumbang kepada 20%.
Program ini turut dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria serta boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.