Sekilas
- Golden Screen Cinema (GSC) berkongsi gambar dua pelakon popular, Beto Kusyairy dan Shukri Yahaya, dalam filem terbaru mereka, 'Chelot'.
- Filem arahan Andrian Teh ini dijangka akan ditayangkan di pawagam tahun ini dan mendapat sambutan hangat dari wargamaya.
- Ramai peminat teruja melihat gandingan hebat kedua-dua pelakon ini dalam satu filem aksi yang dinanti-nantikan.
Perkongsian di Instagram Golden Screen Cinema (GSC) yang memaparkan dua pelakon hebat iaitu Beto Kusyairy dan Shukri Yahaya menerusi filem ‘Chelot’ menarik perhatian wargamaya.
Sebuah filem Andrian Teh itu dijangka bakal ditayangkan di pawagam pada tahun ini dan ia membuatkan ramai yang meluahkan rasa teruja ingin melihat gandingan dua figura hebat dalam dunia lakonan.
“Wah nak tengok Shukri Yahaya dengan Beto… macam best!
“Beto again! On fire!
“Here we go! Shukri Yahaya is back on track! So do Beto!
“Finally… Shukri dan Beto in one screen!
“Dasyat betul Beto! Setiap movie action ada dia! The best, the legend,” komen beberapa wargamaya.
Sumber - GSC