SOALAN:
Salam Kak Gee. Saya Timah dari sebuah negeri di utara tanah air.
Saya ada seorang kawan baik yang terkena buatan orang.
Dia merupakan seorang gadis cantik dan ada individu tak bertanggungjawab menghantar 'sesuatu' kepadanya.
Bayangkan, saya sendiri nampak di depan mata kawan saya muntah darah dan ada cebisan kaca keluar dari mulutnya.
Akhirnya, kini dia berubat dengan seorang pengamal perbuatan Islam dan semakin pulih.
Masalahnya sekarang ialah saya sendiri rasa takut Kak Gee.
Entah mengapa, timbul rasa seriau dan takut jika satu hari nanti saya ditakdirkan terkena juga perkara sama.
Perkara terbabit menghantui fikiran saya dan ia sering terbawa-bawa, kadang-kadang sampai masuk ke dalam mimpi.
Macam mana ni Kak Gee? Tolong saya!
--
JAWAPAN:
Salam Timah. Terima kasih kerana sudi berkongsi keluh kesah hati Timah bersama Kak Gee.
Alhamdulillah, Kak Gee gembira dan bersyukur bila kawan Timah semakin pulih dari gangguan terbabit.
Namun begitu, masalah yang timbul kini adalah bermula dari perasaan Timah sendiri.
Kak Gee faham, mungkin Timah terbawa-bawa dek perasaan kerana menyaksikan kawan baik yang terkena buatan orang.
Namun begitu, jangan biarkan rasa tersebut menghantui Timah.
Cadangan Kak Gee, apa kata jika Timah menghiasi masa senggang Timah dengan alunan zikir dan bacaan ayat suci Al-Quran.
Jika Timah sibuk, Timah boleh mendengar bacaan ayat suci Al-Quran, buka sahaja di laman YouTube.
Insya-Allah, ia akan memberi ketenangan dalam hati Timah.
Buat solat hajat dan minta kepada Allah agar Dia menghilangkan segala rasa sangsi dan takut yang bersarang dalam hati.
Kak Gee doakan agar Timah tenang-tenang sahaja ya?
-
Itu kisah Timah, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?
Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.
Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.
Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.
Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.
Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!
Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!

