SOALAN:
Kak Gee, nama saya Rina. Saya tinggal dengan ibu dan adik lelaki saya di Kuala Lumpur.
Bapa saya tinggal di selatan tanah air kerana dia bekerja di sana.
Saya ada masalah dengan adik saya.
Dia gemar pulang lewat malam dan menyusahkan hidup saya.
Bila dia balik lambat, dia takut kantoi dengan ibu dan dia akan memaksa saya membuka pintu.
Dia akan keluar selepas ibu saya masuk tidur sekitar jam 10 malam dan selalu melepak di rumah kawannya.
Kadang-kadang balik pukul 1 pagi, kadang-kadang-kadang pukul 2 pagi.
Dia akan menyuruh saya membuka pintu di belakang rumah kerana takut tembelangnya pecah jika masuk melalui pintu hadapan.
Bilik tidur ibu pula memang bersebelahan dengan pintu hadapan!
Saya dah mula muak dengan perangainya.
Apa patut saya buat Kak Gee?
JAWAPAN:
Asslamualaikum Rina, Kak Gee doakan supaya Rina sihat selalu.
Normal sebagai manusia biasa, kita juga mempunyai rasa marah.
Bagi Kak Gee, pendekatan yang harus Rina ambil ialah untuk berbincang dengan adik Rina.
Bincang dengan baik, dari hati ke hati untuk menyelesaikan masalah ini.
Luahkan kepada adik apa yang Rina rasa tidak puas hati dan terangkan mengapa Rina rasa begitu.
Insya-Allah, adik akan terbuka hati dan tidak melakukan perkara itu lagi.
Jika adik Rina masih berkelakukan serupa, mungkin Rina perlu bertindak melaporkan perkara ini kepada ibu.
Mungkin teguran ibu dapat mengubah perangai adik Rina.
Tapi, apa-apapun, sebelum melibatkan ibu, Rina cubalah bincang dulu secara baik-baik dengan adik.
Mesti ada jalan damai dan semoga semuanya dapat diselesaikan dengan cara baik.
Itu kisah Rina, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Kredit foto: AskOpinion