Skip to main content

Komen

#PMTepiKakGee; Adik Ada Dua Identiti, Di Rumah Pemarah, Kedekut Tapi Di Luar Sangat Baik

befunky-collage-3655.jpg
SOALAN

Assalamualaikum and hi kak Gee. Saya nak bercerita tentang adik perempuan saya yang berusia 20 tahun. Perangai adik perempuan ni sangat pemalas dan suka berkira terutama sekali pasal duit dengan family sendiri. 

Saya tak nak mengaibkan adik saya..cuma nak luahkan je apa yang saya pendam. Dengan family selalu cakap nak marah marah, meninggi suara. Tapi depan orang lain tersangatla baik. 

Kalau ditegur, asyik mengungkit pasal benda yang dah lepas. Tapi dia pernah cakap, i mean dia pernah buat ig story dia tulis..tegurlah aku jika aku buat salah.  Ayah ada cakap..ayah kadang takut nak tegur dia sebab takut dia derhaka. Tapi tak boleh macam tu sebab dia makin naik kepala. 

Sebelum ni ada keje kilang yang jauh dari famili..tak satu daerah saja. Selalu cakap rindu family. Tapi bila balik asyik terperap dalam bilik, tak keluar keluar, tak tolong apa pun kat rumah. Main fon..call pakwe. 

Kami bukannya tak tahu dia buat apa. Cuma bila parents tegur nak marah marah. Apatah lagi saya sebagai kakak dia yang tegur..lagi kena herdik.

Saya tak tahu nak buat camne lagi. Actually, ada banyak lagi pasal dia. Tapi sampai sini je la ye..Terima kasih kak gee?.

Yang benar,
Lisa

Foto: World of A Married



JAWAPAN

Hi Lisa, apa khabar, jangan stress stress ya. Kak Gee harap Lisa dan keluarga berada dalam keadaan sihat dan masih mengamalkan semua SOP yang ditetapkan kerajaan sejak Covid 19 melanda dunia.

Okay Lisa, sebagai kakak dan pernah berada di usia 20 tahun, Kak Gee rasa anda mesti faham apa yang diingin remaja seusia ini iaitu perhatian.

Jadi Kak Gee rasa adik anda memerlukan perhatian sebenarnya. Mungkin dia sengaja bersikap kasar dengan keluarga kerana mahukan perhatian dan tentulah setiap apa yang diluahkannya di media sosial juga adalah semata mata untuk menarik perhatian orang lain terhadapnya.

Nasihat Kak Gee, Lisa cubalah menjadi kawan kepada adik. Maksudnya bila menegur, tegurlah dengan cara yang lembut atau secara bergurau, jangan tegur dengan keras atau menggunakan status 'aku kakak, jadi kau kena dengar apa yang aku kata'.

Ajak dia berbincang dengan baik, mungkin Lisa dan adik boleh keluar berdua sekadar makan ais krim atau window shopping dan saling mengerti dengan baik sikap kalian berdua.

Sebagai kakak juga, teruskan menjadi kakak yang baik dan tauladan yang baik buat adik. Lama kelamaan mungkin jika usianya semakin bertambah dan dia semakin matang, adik anda akan malu sendiri dengan segala perbuatan buruk yang pernah dilakukan kepada anda sekeluarga.

Dan Lisa bincang dengan ayah dan ibu supaya terus menegur adik jika sikapnya keterlaluan. Peranan ibu dan bapa adalah untuk menegur dan memantau anak anak, jangan dibiarkan hanya takut anak menjadi derhaka kerana derhaka itu ibu dan bapa yang tentukan.


Kak Gee harap Lisa dapat menggunakan sedikit sebanyak nasihat ini untuk membantu adik anda.

Jika dia tak berubah, itu adalah atas kehendak dirinya sendiri, tetapi sebagai kakak sekurangnya anda sudah berusaha untuk membantu dia.

Itu kisah Lisa bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?

Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.

KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor. 
 
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian. 
 
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.

Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.

Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020. 

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!

Must-Watch Video

Advertisement