Skip to main content

Trend Pasaran

Pecah Masuk Kedai, Perompak Bertopeng Larikan Labubu

astro_gempak_krisdayanti-(2).jpg
Sekumpulan perompak bertopeng memecah masuk sebuah kedai patung di Los Angeles dan melarikan patung yang menjadi koleksi popular masa kini, Labubu.

Akibat rompakan tersebut, pemilik kedai mendakwa kerugian sekitar RM30,000, lapor  ABC News.

Insiden rompakan terjadi pada pukul 1.29 pagi waktu tempatan, 6 Ogos lalu, menyaksikan perompak membawa lari kesemua patung Labubu yang mereka pamerkan di kedai tersebut.

“Kami amat terkejut. Kami berusaha keras menjual dan mereka mengambil kesemuanya begitu sahaja,” ujar pemilik bersama kedai yang dikenali sebagai One Stop Sales.

Patung Labubu dihasilkan oleh seorang artis kelahiran Hong Kong, Kasing Lung yang menjadi popular dalam kalangan pengumpul koleksi. 

Labubu memiliki mata besar, gigi seperti raksasa dan sering terjual dengan sekelip mata sejak ia menjadi ‘buruan’ pada tahun 2019.
Labubu

Dapatkan Labubu anda sekarang

Pop mart labubu THE MONSTER Doll Fesyen Buatan Tangan Perhiasan Mainan Hadiah Hari Lahir 17CM Labubu Rantai Kunci Mainan Koleksi Anak Patung POP MART


Beli Sekarang

Advertisement

Must-Watch Video