Skip to main content

Berita Tempatan

"Orang Rumah Tidak Dapat Ikut Sebab ....." - Atu Zero Tunai Umrah Tanpa Isteri

atu_1.jpg
Pelawak kumpulan Zero, Atu bakal berangkat ke tanah suci, Mekah untuk menunaikan ibadah umrah tanpa ditemani isterinya, Shafeeqa Johari hari ini.

Menerusi entri di Instagram (IG), Atu menjelaskan dia terpaksa meninggalkan isterinya disebabkan Shafeeqa kini sedang sarat hamil anak kedua.

"Salam semua. Salam Jumaat. Alhamdulilah, In sha Allah semoga dipermudahkan segala urusan kita.

"Tapi orang rumah tidak dapat ikut sebab adik Sumayyah belum keluar. In sha Allah next trip ya," tulisnya.
 

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut IG turut mendoakan agar perjalanan serta ibadah Atu berjalan lancar.

Atu dan Shafeeqa telah berkahwin pada 8 Februari 2016 di kediaman wanita itu di Batu Pahat, Johor.

Mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan, Sumayyah yang kini berusia tiga tahun.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement