Skip to main content

Berita Tempatan

"Never Forget Where You Come From" - Amelia Henderson Menang Anugerah Di Korea

ahbefunky-collage.jpg
Aktres jelita, Amelia Henderson telah memenangi anugerah Asia Model Awards bagi kategori Model Asia di Seoul, Korea.

Amelia berkongsi berita gembira itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Di entri tersebut, Amelia berkongsi sepotong video ketika memberi sepatah dua kata ketika menerima trofi di pentas anugerah tersebut.

"Hi, nama saya Amelia, saya berasal dari Malaysia, saya mahu ucapkan ribuan terima kasih terutamanya kepada penganjur anugerah ini.

"Saya gembira kerana berpeluang untuk mewakili nama Malaysia ke peringkat ini, saya mewakili semua rakyat Malaysia ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua," katanya dalam video terbabit.

Sementara di ruangan kapsyen, Amelia turut menulis ayat berbunyi :

"Never forget where you come from, thank you Asia Model Festival for the award, without a doubt the best part of the video is Amber Chia at the end," tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen pula, Amelia telah dihujani dengan ucapan tahniah dari pengikutnya.
 

Sedikit info mengenai Amelia, pemilik nama sebenar Amelia Thripura Henderson ini mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2006 dan berjaya membina popularitinya sehingga kini.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement