Skip to main content

Budaya Popular

Netizen Terharu Lihat Ibu Ikut Tadah Tangan Masa Doa Makan - “Respek Dengan Maryam, Antara Muallaf Yang Belajar Agama & Tutup Aurat”

astro_gempak_netizen-terharu-lihat-ibu-ikut-tadah-tangan-masa-doa-makan-respek-dengan-maryam.jpg

Personaliti media sosial, Maryam Younarae mendapat perhatian netizen selepas berkongsi video terbaharu di media sosial.
 

Terharu ibu tadah tangan baca doa

Video tersebut merakamkan momen Maryam menanti untuk menjamu selera bersama ibu tersayang di meja makan.

Advertisement

Bagaimanapun reaksi ibu Maryam meraih perhatian ramai apabila dia turut menadah tangan sebaik sahaja anaknya membaca doa makan walapun mereka berlainan agama.

Disebabkan itu juga, Maryam berkata dia menyedari contoh yang baik adalah pengajaran sebenar.

“Dalam dunia yang penuh dengan nasihat dan teguran. Hari ini saya belajar, perbuatan lebih bermakna daripada percakapan.

“Tadi saya berdoa sebelum makan, mak berhenti dan letak sudu. Dia ikut berdoa. Momen itu membuatkan saya sedar, teladan, itulah pengajaran sebenar,” coretnya.

 

Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata netizen memuji Maryam kerana memberikan contoh yang baik.

“Respek dengan Maryam, antara muallaf yang belajar agama dan menutup aurat. Tahniah kepada suaminya yang mendidik. Semoga istiqomah dan ditetapkan hati menjadi lebih baik,” komen netizen.

Berikut merupakan video penuh Maryam:

 

 

@uyounik

In a world full of advice & teguran… Today I learned, actions speak louder. Just now, I doa before makan — Mak paused, put down her spoon… ikut my doa. That moment, I realised… teladan, that’s the real lesson.

♬ original sound - Duriankimchi
Korean food

Rasa Korea, Rasa Sayang

Momen indah Maryam & ibunya ingatkan kita makanan satukan hati. Jom rasa hidangan Korea yang penuh kehangatan & kasih sayang.


Jom Makan Korea

Must-Watch Video