Skip to main content

Viral

Netizen Approved! Ramai Doakan Anna Jobling, Amir Ahnaf Berjodoh - “The Way She Look At Him, Comel!”

netizen-approved-ramai-doakan-anna-jobling-amir-ahnaf-berjodoh-the-way-she-look-at-him-comel.jpg
Sejak kebelakangan ini, pelakon Amir Ahnaf dan Anna  sering menjadi perhatian selepas berkongsi beberapa foto dan juga video bersama.
 
Apatah lagi bila posting yang dikongsi itu merakamkan kedua-dua pelakon cantik dan kacak ini kelihatan semakin akrab selepas berlakon bersama menerusi naskhah terbaharu yang bakal ditayangkan tidak lama.
 
Pasangan ini juga menjadi tular di TikTok apabila Amir berkongsi satu video yang memaparkan mereka berdua memakai pakaian sedondon berwarna hitam dan sambil momen manis.
 
Kedua-duanya sedang duduk sebelum Anna kemudiannya memandang Amir dan tersenyum comel menahan ketawa sambil menekup mulutnya.
 
“It’s around the corner,” tulisnya Amir ringkas.
 
@amir.ahnaff Its around the corner #SyurgaItuBukanMudah ♬ Mirrors - Justin Timberlake
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata netizen gembira melihat Amir dan Anna bersama kerana kelihatan seperti pasangan sebenar.
 
Malah ada juga diantara netizen yang mendoakan agar pasangan ini berjodoh.
 
Antara komen yang diterima adalah:
 
“Mana tahu mungkin korang berdua adalah jodoh antara satu sama lain,”
 
“Apa comel sangat dua orang ni, memang approved teruk!”
 
“The way she look at him, comelnya,”

 
“Kahwin jela korang ni terus. Aku dah nak move on dah ni sobs,”
 

BERITA TRENDING: “Jangan Percaya Pada Semua Yang Anda Baca Di Internet” - Anna Jobling Nafi Hubungan Tak Baik Dengan Meerqeen
 
BERITA TRENDING: Anna Jobling Akhirnya ‘Buka Mulut’ Isu Melibatkan Meerqeen

 
Terdahulu, timbul dakwaan aktor sedang meningkat naik dengan seorang aktres terkenal bercium di sebuah kelab malam dan nama Meerqeen serta Mimi Lana dikaitkan dengan gosip itu.
 
Selepas gosip itu kecoh di laman sosial, perkongsian Anna di platform X yang berbunyi ‘puzzle completed’ dan tindakannya memadam gambar dengan Meerqeen didakwa mempunyai kaitan dengan isu tersebut.
 

Advertisement

Must-Watch Video