Skip to main content

Viral

Nenek Neelofa Tak Pernah Tinggal Baca Al-Quran Walaupun Sakit : “Penawar Terbaik Semua Penyakit”

nenek-neelofa-tak-pernah-tinggal-baca-al-quran-walaupun-sakit.jpg

Nenek kepada pelakon dan usahawan, Noor Neelofa iaitu Bibi Khoteja Yusof berkongsi antara amalan yang dilakukan ketika sakit adalah membaca ayat suci Al-Quran.

Menurut Bibi Khoteja, meskipun pernah menjalani pembedahan sebelum ini, namun dia tetap istiqamah membaca Al-Quran yang merupakan penawar terbaik untuk semua penyakit.

"Selepas menjalani pembedahan, saya tetap meneruskan membaca dan tidak pernah tinggal baca Al-Quran.

"Jika keadaan sakit sangat, saya tetap mengikuti ajaran Al-Quran di televisyen dan mendengar ayat-ayat suci Al-Quran," katanya.

Tambah Bibi Khoteja guru mengajar Al-Quran juga datang untuk mengajarnya walaupun ketika itu keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.

"Saya sakit tetapi guru Al-Quran datang mengajar. Saya belajar dengan guru agama untuk menambah ilmu untuk tahu makna, ingat dan hafal Al-Quran," jelasnya.

Bercerita mengenai Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0, Bibi Khoteja menyifatkan acara tersebut amat bermanfaat untuk membudayakan bacaan al-Quran dalam kalangan masyarakat di seluruh negara.

SINAR HARIAN

Must-Watch Video

Advertisement