Skip to main content

Trend Pasaran

“Nak Tipu Pun Agak-Agak” – Penjual T-Shirt Konsert Aina Abdul Tular Gara-Gara Wajah Ernie Zakri

astrogempak_t_shirt_muka_ernie_zakri_konsert_aina_abdul.jpg

Tular di aplikasi TikTok apabila akaun milik CineMagicMY memuat naik video yang merakam seorang penjual menjual t-shirt konsert Aina Abdul - IMAJI TOUR 2024 yang berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur pada Jumaat telah mencuri perhatian ramai. 

Menerusi perkongsian tersebut, netizen terhibur apabila mendapati baju yang dijual bukanlah memaparkan wajah Aina Abdul, tetapi wajah penyanyi lain, iaitu Ernie Zakri. 

“Konsert Aina Abdul tapi merchandise muka Ernie Zakri. Nak tipu pun agak-agaklah,” tulis individu tersebut dalam kapsyen di TikTok. 


 

@cinemagicmy

Nak tipu pun agak agak la ??? #ainaabdul #imajitour #imaji #sapotlokal #sembangentertainment

♬ Funny Song - Bruno Portinho Trilhas para filmes

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen berasa kasihan terhadap penjual itu yang dipercayai ditipu untuk menjual t-shirt yang salah. 

Bagaimanapun, salah seorang netizen menyatakan dia telah menegur penjual tersebut dan memaklumkan bahawa baju yang dijual itu tidak memaparkan wajah penyanyi yang sedang melangsungkan konsert pada ketika itu. 

Antara komen yang ditinggalkan adalah:


 

Advertisement

Must-Watch Video