Skip to main content

Rancangan Realiti

“Minggu Ketiga Lagi Mahal” – Altimet Ulas Juri Banyak Beri Lima Bintang Untuk MLS Minggu Kedua

altimet-mls.jpg
Juri tetap Muzikal Lawak Superstar, Altimet menegaskan pemberian bintang untuk minggu ketiga akan menjadi lebih sukar.
 
Menurut Altimet, minggu kedua menyaksikan banyak peningkatan persembahan setiap kumpulan bersesuaian dengan jumlah bintang yang diberikan.
 
“Untuk minggu ketiga bintang akan jadi lebih mahal. Minggu kedua mereka dapat banyak bintang kerana kami lihat ada peningkatan yang tinggi berbanding yang pertama.
 
“Kita nampak semua kumpulan mampu untuk mencapai satu level di mana persembahan dan idea mereka adalah lebih baik berbanding minggu sebelum ini.
 
“Untuk minggu ketiga penilaian akan menjadi lebih susah kerana jangkaan yang diberikan juga lebih tinggi.
 
“Saya juga perhatikan ada beberapa kumpulan yang masih menggunakan konsep yang sama dengan lawak yang berlainan.
 
“Saya harap minggu ketiga ini nanti tidak ada yang menggunakan konsep sama lagi,” jelasnya ketika ditemui Gempak.
 
Antara kumpulan yang mendapat lima bintang adalah J-BORN (Joey, Vicha, Khir Rahman), UNI (Atu, Fad, Fakhrul UNIC) dan LIBRA (Elly Mazlein, Bell Ngasri, Rahim Sepahtu).

 
MLS akan bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.
 
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.
 
Untuk mengundi bintang, undian boleh dilakukan secara:
 
1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/muzikallawaksuperstar
 
2.Taip MLS <jarak> NAMA KUMPULAN atau MLS (3/5/10/20) <jarak> NAMA KUMPULAN untuk (3/5/10/20) undian ke 32777.
 
Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari www.muzikallawaksuperstar.gempak.com.
 

Must-Watch Video

Advertisement