Skip to main content

Trend Pasaran

Makanan Ini Dapat Bantu Anda Berhenti Merokok Ramadan Kali Ini!

rokok.jpg
Setiap kali menjelang bulan Ramadan, pasti ada di antara anda yang berazam untuk berhenti merokok.
 
Namun, ianya bukanlah suatu yang mudah untuk dilakukan oleh perokok tegar.
 
Tetapi, tahukah anda bahawa terdapat makanan yang boleh membantu untuk berhenti daripada kegiatan kurang sihat ini.
 
Berikut kami kongsikan makanan yang membantu anda untuk berhenti merokok::
 
1.  Susu
 
Pasti ramai yang tidak tahu bahawa susu sebenarnya dapat membantu anda untuk berhenti merokok. Pengambilan susu sebelum merokok akan membuatkan anda hilang selera untuk merokok. Selain susu, mereka yang ketagih kepada nikotin juga boleh mengamalkan produk tenusu lain seperti yogurt atau keju.
 
2. Vitamin C
 
Merokok dengan kerap akan menyebabkan anda kehilangan banyak vitamin di dalam badan, sedangkan ianya amat penting untuk kesihatan. Bagi anda yang ingin berhenti merokok, disarankan untuk mengamalkan buah-buahan  yang kaya dengan vitamin C. Contoh buah-buahan yang kaya dengan vitamin C adalah lemon, oren, strawberi dan jambu batu.
 
3. Halia
 
Haruman halia ini sememangnya berkesan untuk membuatkan anda lupa kepada rokok. Caranya adalah dengan menghiris halia dan campurkan ke dalam teh panas. Percayalah, ianya amat berkesan untuk memotong selera anda merokok.

Olahan : Izzat Ridzwan
Sumber : The Vocket
 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement