Skip to main content

Berita Tempatan

“Kurusnya Anak You”- Catriona Ross Cerita Pengalaman Fizikal Anak Dibandingkan

catrionarossanak.jpg
Pelakon Catriona Ross akui dia pernah berhadapan dengan masyarakat yang suka membandingkan fizikal anaknya, Edruce Riyadh, 3 tahun.

Berkongsi pengalamannya di akaun Instagram (IG) miliknya, Catriona Ross memberitahu ketika Edruce berusia lima bulan,  dia sering kali berdepan dengan masyarakat yang suka mempertikaikan serta membandingkan fizikal anaknya yang didakwa kecil.

Menurut Catriona dia berang kerana ramai masyarakat Melayu yang tidak pandai berlapik ketika bersuara dan memberikan pendapat.

Namun dia diajar oleh bapanya supaya jangan ambil tahu atau menyibuk mengenai hal orang lain dan tidak perlu berkata apa-apa jika tiada perkataan yang elok hendak diungkapkan.

Jadi cara mengatasi berhadapan dengan masyarakat itu, Catriona memberitahu dia hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa.

Malah Catriona berpendapat, tidak kisahlah sekecil mana anaknya, yang penting dia tahu anaknya sihat kerana sejak anaknya lahir dia telah menyusukan anaknya secara penuh.
 
 

3 years ago... When Edruce Riyadh was 5months old. He was naturally small and somewhat thin as a baby. Bukan yang tembam, paha KFC, pipi kembung orang tengok 200meter geram nak datang cubit ? . Mana-mana I went to, id hear people commenting "kurus anak you" "kecik anak you" "slim betul anak yang ni".. Yep, sebab di dunia Nusantara ini orang tak dipesan untuk cakap berlapik, beralas kata. Semua selesa untuk bersuara apa mau nya. Kan? . Aku diajar oleh Daddy to "mind our own business" dari kecik.Ilmu orang Barat. Arwah Ibu ajar "kalau takde something nice to say, then smile je sebab Rasul dulu pun smiled kalau takde benda nak dikata.." So.. aku senyum je and berdiam diri tiap kali orang nak bagi pendapat kenapa Edruce Riyadh was tiny ?. Keluar dari kilang lain tapi kilang-kilang lain pulak kalut nak bagi label ...... ? . Ive always told myself, it doesnt matter..ini anak aku and he is healthy. How can he not be? I breastfed this child dari saat pertama dia lahir dan aku susukan sampai hujungnya and demi nak succeed in breastfeeding my child, i invited a well known babywearing guru to my house when Edruce was a month++ old so she could train me in babywearing so i could direct feed him whenever, wherever. Rasa bangga dengan kegagahan aku masih kuat sampai sekarang. . So, to all of you out there, if you are having problems or issues, whatever issue it may be, smile and look at the bright side of things. Make your self better, learn new things and most importantly, dont worry about persepsi orang cz most people criticize. Dont let it hurt you. You got this ladies. Whatever it maybe. Lots of love ❤❤❤ . #CatrionaShares . ? @asyrafmanan

A post shared by Cat Ross (@catrionabrianross) on


Catriona yang mendirikan rumah tangga dengan Shaharuddin Mokhtaruddin pada tahun 2009 telah dikurniakan tiga anak iaitu Sephia Rania, 8, Jammal Raess, 6, dan Edruce Riyadh, 3.

Foto: IG Catriona Ross
Teks oleh: Syafiqah Jalal

Must-Watch Video

Advertisement