Skip to main content

Berita Tempatan

Kendall Jenner Jual Rumah Baru Dibeli Kerana Bawa Malang

kjj.jpg
Adik kepada Ratu Realiti TV, Kim Kardashian iaitu Kendall Jenner dilaporkan telah menjual rumah yang baru dibelinya tahun lalu kerana fobia diganggu peminat fanatik.

Menurut laporan Daily Mail, Kendall menganggap rumah yang didiaminya itu sering mendatangkan nasib malang kepada dirinya.

"Banyak kejadian buruk yang berlaku selama dia tinggal di kawasan elit tersebut. 

"Salah satunya ketika tinggal berseorangan Kendall pernah terserempak dengan peminat fanatik menyebabkan dia fobia.

"Bukan setakat itu saja, rumahnya juga pernah dirompak sekitar bulan Mac lalu dan  dia mengalami kerugian bernilai RM2 juta.

"Dia juga sering mendengar dan diganggu oleh suara yang aneh ketika berada di rumah itu," kata sumber.

Tambah Sumber, Kendall bersyukur kerana rumah tersebut telah dibeli oleh seorang jutawan dan dia kini dalam proses untuk berpindah ke rumah baru.
Rumah mewah  tersebut memiliki tiga tingkat, enam bilik tidur dan lima bilik mandi.

Sumber : Daily Mail

Advertisement

Must-Watch Video