Pertahanan Harimau Malaya, Adam Nor Azlin sah bergelar suami kepada pasangannya, Nur Azlin Md Mazlan Jumaat lalu.
Menerusi entri di Instagram, Adam berkongsi gambar perkahwinannya bersama isteri pada sebuah majlis yang berlangsung hujung minggu lalu.
"Aku Terima Nikahnya. Peliharalah isteri dan anak-anakmu daripada api neraka.
"Terima kasih kepada semua yang terlibat dan mendoakan kesejahteraan serta kebahagiaan dunia akhirat buat kami," tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata mengucapkan tahniah kepada Adam serta pasangannya dan mereka mendoakan hubungan yang dibina akal kekal selamanya.
Dalam kempen Piala AFF Suzuki untuk separuh akhir pertama, Malaysia akan bertemu dengan Thailand selaku naib juara Kumpulan A pada 1 Disember ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Sementara itu, perlawanan separuh akhir kedua akan berlangsung di Stadium Rajamangala, Thailand pada 5 Disember ini.