Skip to main content

Berita Tempatan

"Kalau Tak Buat Tu Rasa Tak Senang Tidur Malam" - Majlis Akikah Anak Fizi Ali & Shakilla Khoriri Meriah

fizii.jpg
Pasangan selebriti, Fizi Ali dan Shakilla Khoriri elah mengadakan majlis akikah buat anak sulung mereka, Ameena Sofia semalam.

Kemeriahan sekitar majlis itu dikongsi oleh Shakilla di laman sosial Instagram (IG) miliknya.

"Orang kata nak buat Majlis ni bukanlah mudah kalau tak ada benda penting macam tempat, makanan, baju dan yang lain-lain.

"Syukur. Walaupun dalam keadaan I yang agak busy sikit sekarang ni tetap nak juga buat Majlis Aqiqah Ameena. Entah kenapa kalau tak buat tu rasa tak senang tidur malam.

"Kalau Majlis hari jadi tu tak buat rasa okay lagilah. Tapi untuk Majlis Aqiqah ni entah kenapa. Apa pun I nak ucap terima kasih tak terhingga pada orang-orang penting yang bantu I untuk jayakan Majlis Aqiqah Ameena," tulisnya.

Menerusi foto yang dikongsi, rata-rata memuji kecomelan Ameena Sofia dan mereka berdoa agar dia dapat membesar dengan sihat serta menjadi anak yang solehah.

Fizi dan isterinya, Shakilla Khoriri telah mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena Sofia pada bulan Mac lalu.

Berikut merupakan foto-foto sekitar majlis Ameena Sofia: 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#?• . Orang kata nak buat Majlis ni bukan lah mudah kalau takde benda penting macam tempat, makanan, baju dan yang lain2. . . Syukur. Walaupun dalam keadaan I yang agak busy sikit sekarang ni tetap nak juga buat Majlis Aqiqah Ameena. Entah kenapa kalau tak buat tu rasa tak senang tidur malam. Kalau Majlis hari jadi tu tak buat rasa okay lagi lah. Tapi untuk Majlis Aqiqah ni entah kenapa. . . Apa pun i nak ucap terima kasih tak terhingga pada orang2 penting yang bantu i untuk jayakan Majlis Aqiqah Ameena. . . Terima kasih @grandsariratuprima untuk Tempat yang selesa untuk semua tetamu i yang datang . . Baju sedondon i dengan @ameenasofia_ dan juga Mini pelamin yang indah dari @afeer_kualalumpur , Terima Kasih. . . Gambar2 cantik yang bercerita hasil dari @husni_ariff00 yang nanti akan nanti jadi kenangan untuk @ameenasofia_ tengok dan ingat betapa aku dengan bapak dia sayangkan dia dan akan buat apa je untuk dia. . . #AmeenaSofiaAqiqah

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on

Advertisement

Must-Watch Video