Skip to main content

Berita Tempatan

"Jangan Masuk Campur Tentang Agama Kami" - Disangka Bukan Muslim, Ini Jawapan Michael Ang...

muic.jpg
Pengarah dan penerbit, Michael Ang meluahkan rasa terkilan apabila terdapat individu yang membuat tuduhan melulu dengan melemparkan kata-kata kesat terhadapnya.
 
Lebih buruk lagi, individu tersebut turut mendakwa Michael cuba menyibuk urusan hal berkaitan agama Islam kerana menyangkakan dirinya bukan seorang muslim.
 
Perkara itu dikongsikan Michael dalam satu entri yang dimuat naik di Instagram.
 
"Tak kisahlah kalau dia tak tahu aku dah lama Islam tapi yang penting tolong jangan jadi bodoh bila tak faham apa maksud posting saya yang dikomen tu, lepas tu tembak macam tu.
 
"Dahlah tak faham maksud video, lepas tu keluarkan kata-kata yang rasis. Seriuslah orang macam ni lah buat orang seluruh dunia pandang kita orang Islam sebagai satu agama yang kejam, rasis dan penuh dengan kemarahan dan keganasan. Tolong jangan jadi macam mamat ni," luahnya.
 
Michael turut memuat naik paparan komen yang ditulis individu berkenaan di Instagram.
 
Dalam komen tersebut individu tersebut dikatakan mempersoalkan kredibiliti Michael untuk bercakap soal agama Islam.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Salam semua. Tujuan Utama I post ni adalah agar aku berdoa la Di kalangan kita org tak ada pikiran mcm mamat ni. Tak kesah la kalau dia tak tahu aku dah lama Islam tapi yg penting tlg tlg Jgn jadi bodoh bila tak faham apa maksud posting I yg Di komen tu lepas tu tembak mcm tu. part mana dlm posting I tu I menghina Islam. Kalau la video yg sama dan org Cina bukan beragama Islam pun yg post tu aku tak rasa isi video the ada menghina Islam. Dah la tak fhm maksud video lepas tu keluar kan kata kata YG SO RACIST! Serious la org mcm ni la buat org seluruh dunia pandang kita org Islam Sebagai satu agama yg Kejam, Racist and penuh dengan kemarahan n keganasan! So pada anda semua TLG TLG TLG la Jgn jadi macam mamat ni! I luv u all!

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on


Begitupun, Michael kemudian membalas komen tersebut selepas merasakan kata-kata yang digunakan agak keterlaluan.
 
"Sama ada kau tahu ke tak tahu ke aku dah Islam, kau tetap manusia bod*h! Celah bedah mana aku hina Islam! Kau terencat ke atau betul-betul bod*h. Geram pulak aku!
 
"Dah lah bahasa tu nampak sangat kau sejenis manusia rasis yang sepatutnya dah lama mamp*s.
 
"Agama kita tak ajar kita pandang hina kat orang lain," luahnya yang kesal dengan tindakan individu tersebut.


 
Perkongsian Michael itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
 
Rata-rata meminta pengarah tersebut tidak mengendahkan individu seperti itu.
 
"Nampak sangat tak ikut isu semasa. Dia tak tahu orang dia maki hamun dah dua tahun memeluk Islam. Nak malukan orang, kan malu sendiri.
 
"Ini dinamakan membabi buta, sudahnya malu yang dapat.
 
"Jangan layan orang macam tu," tulis sebahagian netizen.
 
Terdahulu, difahamkan Michael memuat naik sepotong video yang menyentuh isu usahawan kosmetik, Muhammad Sajad Kamaruzzaman.
 
Sebelum ini, pada April 2019, Michael membuat pendedahan kepada umum bahawa dirinya sudah memeluk agama Islam sejak setahun yang lalu.
 
BACA: Alhamdulillah! Michael Ang Dedah Sudah Peluk Islam!

Must-Watch Video

Advertisement