Penyanyi dan bintang program Big Stage, Wani Kayrie kini semakin sibuk membahagikan masa untuk kerjaya nyanyian dan pelajarannya.
Menurut Wani, pada mulanya dia beranggapan bahawa kesibukkandalam aktiviti seni akan berkurang selepas dia melanjutkan pelajaran, namun ia tidak seperti yang dijangkakan.
“Saya ingatkan bila sudah sambung belajar saya akan relaks sedikit, saya sangka aktiviti seni saya akan berkurang, rupa-rupanya ia tak seperti yang saya fikirkan.
“Jadual untuk aktiviti seni saya semakin sibuk dan saya harus membahagikan masa dengan baik supaya tidak mengetepikan pelajaran.
“Saya kini sedang sibuk dengan beberapa penggambaran dan persiapan untuk menghasilkan single terbaru saya yang akan dilancarkan tidak lama lagi,” katanya kepada Gempak.
Wani melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di sebuah universiti swasta tempatan dan masih melalui semester pertamanya di situ.
Tahun lalu, Wani memenangi tempat keempat di pentas akhir Big Stage yang turut berentap bersama Sarah Suhairi, Syafiq Farhain, Afieq Shazwan dan Baby Shima sebagai finalis.