Penampilan terbaharu pelakon, Nazrief Nazri yang kini kelihatan semakin muda dan kacak menarik perhatian netizen.
Turun 20 kg
Nazrief menerusi perkongsian terbaharu di akaun Instagram miliknya berkata dia mengamalkan gaya kehidupan sihat selain turut berkongsi beberapa tips menurunkan berat badan.
Advertisement
Menurut Nazrief, dia mengambil masa selama lima bulan untuk menurunkan 20kg daripada berat badan asalnya dengan hanya senaman, diet seimbang dan pengambil makanan tambahan.
“Kerja keras membuahkan hasil,” tulisnya ringkas.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, Nazrief juga berjanji akan berkongsi perjalanan menurunkan berat badannya kepada pengikut di Instagram.
“Nanti saya kongsi, teruskan bersama saya,” maklumnya.
Berikut merupakan perkongsian Nazrief: