Skip to main content

Berita Tempatan

Hamil Hampir 5 Bulan, Sarimah Ibrahim Tayang Baby Bump!

sarimahbefunky-collage.jpg
Selebriti popular, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi fotonya yang kini sedang hamil hampir lima bulan.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

Sebelum ini, kebanyakkan foto yang dikongsi Sarimah tidak menampakkan 'baby bump'nya itu.

"Ok lah, belanja side view sikit, our little bump is starting to come out!

"I still love wearing my light compression leggings cause it gives me the support I need.

"Almost five months pregnant now, more than half way dah!" tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Sarimah meninggalkan komen positif dengan memuji penampilannya ketika hamil itu.
 

Terdahulu, Sarimah dan suaminya, Tunku Nadzimuddin telah berkahwin pada 2 April 2015 dan ini adalah kehamilan pertamanya.

Advertisement

Must-Watch Video