Filem The Garden of Evening Mists (TGOEM) bakal menemui penonton bermula 16 Januari depan sekaligus menjadi pembuka tirai karya terbitan Astro Shaw dan HBO Asia pada tahun 2020.
Naskhah yang mendapat sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan CJ Entertainment itu merupakan sebuah karya adaptasi novel tulisan novelis tempatan, Tan Twan Eng.
Menariknya, filem tempatan yang sudah membuat tayangan perdananya di Festival Filem Antarabangsa Busan ke-24 pada Oktober lalu itu menampilkan barisan pelakon bertaraf antarabangsa.
Antara nama besar yang menjayakan filem tersebut termasuklah Sinje Lee (The Eye), Hiroshi Abe (After The Storm), Sylvia Chang (Love Education), David Oakes (Cold Skin), Julian Sands (The Girl With The Dragon Tattoo) dan John Hannah (The Mummy).
Lebih mengujakan apabila filem berkenaan juga mendapat sentuhan pengarah prolifik dari Taiwan, Tom Shu Yu Lin.
Bukan itu sahaja, karya yang menerima sembilan pencalonan di Anugerah Golden Horse Ke-56 bulan lalu itu menggabungkan tenaga produksi antarabangsa merangkumi Malaysia, Taiwan, Jepun, Singapura, India, Australia dan United Kingdom.
TGOEM menceritakan kesengsaraan kehidupan Teoh Yun Ling (lakonan Sinje Lee) akibat kekejaman Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu yang cuba mencari ketenangan di Cameron Highlands.
Bagaimanapun, sewaktu di sana, ketika dia berusaha untuk membina sebuah taman bagi menzahirkan penghormatan kepada adik perempuannya yang terkorban, dia menjalin hubungan cinta terlarang bersama seorang tukang kebun bernama Nakamura Aritomo (lakonan Hiroshi Abe).
Terdahulu, TGOEM sudah ditayangkan di Festival Filem Asia Hong Kong pada 14 November lalu.