Skip to main content

Berita Tempatan

Dua Maut, 18 Cedera Nahas Pesawat Kecil Berdekatan Los Angeles

astro_gempak_dua-maut-18-cedera-nahas-pesawat-kecil-berdekatan-los-angeles.jpg

Dua orang maut manakala 18 yang lain cedera selepas sebuah pesawat kecil terhempas di atas bumbung sebuah bangunan komersial di bandar Fullerton pada Khamis, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan.


Cetus kebakaran besar

Kejadian berlaku sekitar 2.09 petang waktu tempatan (2209 GMT), kira-kira 40 kilometer di tenggara pusat bandar Los Angeles.

Nahas mencetuskan kebakaran besar dan memaksa perniagaan di kawasan sekitar dikosongkan, menurut jurucakap polis Fullerton, Kristy Wells.

Rakaman video daripada saluran berita tempatan KABC menunjukkan asap putih keluar dari bahagian atas sebuah bangunan yang dikelilingi kawasan perumahan serta gudang komersial.

Advertisement

Must-Watch Video