Penyanyi, penulis dan komposer terkenal, Ajai menyifatkan pelakon Saharul Ridzwan sebagai seorang yang berbakat dalam penulisan.
Menurut Ajai, dia akan terus menyokong Saharul menghasilkan lagu kerana dia sendiri amat menyukai hasil penulisan pelakon yang kini bergelar rapper itu.
"Dia berjumpa saya bukan untuk populariti, tetapi dia berjumpa untuk menceritakan yang dia ada bakat dalam penulisan dan saya sendiri sukakan hasil kerjanya.
"Saya tahu dia tidak boleh menyanyi, tapi dia boleh rap dan terus perjuangkan kualiti lirik yang dihasilkan.
"Itulah yang kami ketengahkan dalam single kolaborasi kami yang berjudul Buku Putih, insya-Allah karya penulis Saharul akan menyusul lagi selepas ini," kata Ajai kepada Gempak.
Single Buku Putih ditulis oleh Saharul dengan sedikit suntingan dari Ajai dan dinyanyikan oleh mereka berdua, ia boleh didengari di semua patform digital.