Skip to main content

Berita Tempatan

“Dari Seorang, Jadi Dua & Sekarang Dah Bertiga”- Sambut Anniversary Ke-3, Saharul Ridzwan Doa Dikurniakan Zuriat Lagi

saharulanak.jpg
Pelakon Saharul Ridzwan gembira kerana dapat menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ketiga bersama isteri Qaabila Deena Emir semalam.
 
Saharul bersyukur kerana selama tiga tahun bersama, dia dikurniakan isteri serta anak yang baik.
 
Pun begitu, Saharul sempat memberi ‘hint’ kepada isterinya supaya mereka dikurniakan anak kedua dengan segera.
 
“HAPPY 3RD ANNIVERSARY SAYANG.
 
“Hari ni, genap tiga tahun saya jadi suami awak. Dari seorang, jadi dua dan sekarang dah bertiga.
 
"Semoga tahun depan pada tarikh ni kita dah BEREMPAT. Amin Ya Rabbal A'lamin. Semoga Allah terus lindungi kita dari segala keburukan dunia dan akhirat,” tulisnya
 
Saharul berkongsi ucapan ulang tahun perkahwinannya di akaun Instagram miliknya 
 
Bagaimanapun, Saharul turut berharap agar rumah tangga yang dibina berkekalan hingga akhirnya.
 
“Semoga saya terus menjadi nakhoda kapal untuk kita ke syurga. Fuh. Ayat sweet-semut yang lain saya cakap depan-depan jelah.
 
“Doa kalian untuk kesejahteraan dan kebahagiaan rumah tangga kami lebih bermakna dari semut-semut tu.
 
"Semoga Allah makbulkan segala yang baik, dan jauhkan segala yang tidak baik. Amin,” katanya lagi.
 
Entri tersebut turut mendapat perhatian peminatnya yang rata-rata mengucapkan tahniah serta mendoakan kebahagian mereka.
 
Saharul dan isteri mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Luth Ali, 2.
 

Must-Watch Video

Advertisement