Skip to main content

Berita Tempatan

"Dah Lama Dalam Industri, Saya Mahu Berehat Seketika" - Aedy Ashraf Ceburi Bidang Perniagaan

aedyashrafbefunky-collage.jpg
Pelakon Aedy Ashraf kini bergelar usahawan dengan memulakan perniagaan kentang goreng terkenal iatu FamFries di Podium Penchala.

Menurut Aedy, dia mula memikirkan tentang perniagaan francais itu sejak tahun 2017 dan kini dia telah berjaya melaksanakannya.

"Pada hujung tahun 2017, saya makan kentang goreng FamFries dan saya sangat sukakannya, rasanya betul-betul sedap.

"Dari situ datangnya idea untuk saya mulakan bisnes ini, saya bukan jual semata-mata untuk tujuan perniagaan, tapi saya jual sebab saya sukakannya," kata Aedy.

Dalam pada itu, Aedy turut mengatakan dia mahu berehat seketika dari industri hiburan dan menumpukan perhatian pada perniagaannya itu.

"Saya rasa sudah lama saya aktif dalam industri, saya mahu berehat seketika dan menumpukan perhatian dalam perniagaan ini.

"Sekarang saya sedang menjalani penggambaran dan ia mungkin penggambaran terakhir saya untuk tahun ini, selepas itu saya akan fokus dengan FamFries dan insya-Allah, tahun depan saya akan kembali berlakon," katanya mengakhiri perbualan.

Aedy berkata demikian ketika ditemui di pelancaran Aedy Ashraf's Famous Fries (FamFries) di Podium Penchala malam tadi.

Aedy mulai aktif di industri hiburan Malaysia pada tahun 2003 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi lakonan dalam filem serta drama tempatan.

 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement