Skip to main content

Viral

Crème Brulee | Episod 5 - Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton

__dapurgoodday-video-resipi-creme-brulee.jpg

Jom ‘check it out’ resepi Creme Brulee:

Resepi - Creme Brulee

Bahan-Bahan:
  • 6 biji telur kuning - suhu bilik
  • 100 gram gula pasir - boleh kurangkan jika tidak suka manis
  • 500 gram whipping cream - suhu bilik
  • 1 ½ sudu kecil esen vanilla
  • Gula pasir secukupnya - untuk caramelised
  • 6 bekas ramekin
  • Goodday Full Cream Milk
Cara Memasak:
  1. Panaskan oven pada suhu 150°C. Asingkan telur putih dan telur kuning. Simpan telur putih untuk kegunaan akan datang.
  2. Di dalam mangkuk besar, putar telur kuning dengan gula sehingga gula hancur dan adunan kembang serta berwarna kuning pucat.
  3. Panaskan whipping cream sehingga kelihatan mula mendidih di tepi periuk. Tuang whipping cream dan esen vanilla. Putar perlahan sehingga sebati.
  4. Tapis adunan ke dalam 6 bekas ramekin atau cawan kastard sehingga ¾ penuh sahaja. Dengan cara ini, permukaan akan menjadi lebih licin dan rata.
  5. Susun bekas ramekin ke dalam dulang pembakar yang mempunyai pemegang untuk dibakar dengan kaedah water bath. Perlahan-lahan tuang air panas ke dalam dulang tadi sehingga hampir ketinggian bekas ramekin.
  6. Bakar selama 45-50 minit atau sehingga masak. Untuk mengetahui masak, sentuh di tengah kastard dan pastikan ia tidak melekat pada jari.
  7. Keluarkan dulang dari oven dan biarkan bekas ramekin di dalamnya sehingga air dalam dulang menjadi sejuk.
  8. Keluarkan bekas ramekin dari dulang air tadi dan lapkan air sekelilingnya. Balut dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama 2 jam.

Must-Watch Video

Advertisement