Skip to main content

Viral

COVID-19: Masih Berbelas Ribu, Selangor Kekal Tertinggi

untitled-design-2021-09-23t174206-760.png
Sebanyak 13,754 kes positif COVID-19 baharu dilaporkan pada Khamis menjadikan kes kumulatif sebanyak 2,156,678 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,985 kes.

Ia diikuti Johor 1,913 kes, Sabah (1,629), Sarawak (1,766), Kelantan (1,264) dan Pulau Pinang (1,052).

Manakala Pahang 869 kes, Perak (844), Terengganu (664), Kedah (783), Kuala Lumpur (383), Melaka (292), Negeri Sembilan (175), Perlis (113), Putrajaya (14) dan Labuan (8).

Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi SOP dan mengamalkan pelbagai langkah pencegahan yang boleh mengekang penularan wabak berbahaya ini.

Sumber: AWANI
Foto: BERNAMA

Advertisement

Must-Watch Video