Skip to main content

Berita Tempatan

COVID 19: Angka Menurun, 649 Kes Baharu Dicatatkan, Tiada Kematian Direkodkan

befunky-collage-4165.jpg
Kes baharu Covid 19 di Malaysia menunjukkan penurunan kes pada hari ini, Khamis, 29 Oktober 2020.

Menerusi kemas kini terkini di Instagram Kementerian Kesihatan Malaysia, @kkmm_gov, tercatat sebanyak 649 jangkitan baharu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam negara kini ialah 30,090 kes.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan pada laman Twitter rasminya berkata, daripada jumlah itu sebanyak tujuh kes import yang menerima jangkitan dari luar negara manakala selebihnya merupakan penularan dalam tempatan.

“Tujuh kes import mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan dua orang warganegara dan lima lagi bukan warganegara.

“Jumlah kes aktif dengan kobolehjangkitan COVID-19 kini terdapat sebanyak 10,087 kes,” katanya dalam ciapan tersebut.



Pada hantaran yang sama, beliau berkata jumlah kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat ini ialah sebanyak 106 dan daripada jumlah itu, 23 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia juga merekodkan 685 kes yang telah pulih sepenuhnya menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 19,757 kes yang bersamaan dengan 65.7 peratus.

Dalam tempoh 24 jam juga, tiada kes kematian baharu direkodkan menjadikan angka keseluruhan kes kematian di negara menjadi sebanyak 246 kes (0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).



Sumber: Awani, KKM
Kredit Foto: The Edge Markets

Advertisement

Must-Watch Video