Bertemakan 'Cover Hot List Digital', konsert minggu kelima Big Stage telah berlangsung dengan meriah di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada malam tadi.
Kesemua peserta telah menyampaikan lagu-lagu 'hit' yang sedang popular ketika ini.
Altimet diundang sebagai juri jemputan untuk digandingkan bersama dua juri tetap iatu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir.

Dibawah merupakan kedudukan para peserta berdasarkan pemarkahan para juri dan komen yang telah diberikan :
Baby Shima - Asal Kau Bahagia
"Kamu telah berjaya menguasai pentas dengan sangat baik, kalau tiada penari pun saya rasa kamu masih boleh membuat persembahan dengan baik!" - Altimet
Wani Kayrie - Luluh
"Saya boleh lihat kamu telah membuat persediaan dengan baik untuk persembahan ini, vokal kamu cukup bagus di bahagian permulaan lagu, secara jujurnya, kamu telah mencantikkan lagu Khai Bahar ini dengan versi tersendiri" - Datuk Seri Siti Nurhaliza
Sarah Suhairi - Sesungguhnya Aku
"Berdasarkan video yang dimainkan sebelum persembahan, saya dapat lihat kamu mempunyai personaliti yang menarik, tetapi nyanyian kamu pada malam ini ada banyak kelemahan, kamu kelihatan tidak selesa ketika membuat persembahan" - Faizal Tahir
Syafiq Farhain - Bunga
"Kamu telah menyanyikan lagu Ara Johari dengan baik, satu strategi yang berani dan kamu berjaya 'menjantankan' lagu ini" - Altimet
Afieq Shazwan - Lebih Sempurna
"Kamu telah lakukan bahagian intro dengan baik, teruskan baiki kelemahan pada konsert akan datang kerana apa yang saya lihat, kamu seorang yang konsisten dalam membuat persembahan" - Datuk Seri Siti Nurhaliza
Tajul - Sulit
"Kamu bukan setakat menyanyi, malah turut menyampaikan penceritaan dengan baik" - Altimet
Ariff Bahran - Bukti
"Kredit kepada kamu kerana telah bermain gitar sendiri di bahagian permulaan persembahan, tetapi kamu harus memperbaiki teknik nyanyian kamu pada konsert seterusnya, saya kurang berpuas hati dengan nyanyian kamu pada malam ini" - Faizal Tahir
Afieq Shazwan, Tajul dan Ariff Bahran telah berada di tiga tangga terbawah dan nasib tidak menyebelahi Tajul yang telah tersingkir di konsert minggu kelima tersebut.
Juara pertandingan yang berlangsung selama lapan minggu ini akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro, manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula
akan memenangi RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi, pemenang tempat keempat dan kelima juga tidak akn pulang dengan tangan kosong yang mana masing-masing bakal membawa pulang RM10 ribu dan rm5 ribu beserta trofi.
Big Stage musim pertama bersiaran secara langsung pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Selaku penaja utama, Vivo mengetengahkan model terbaru, Vivo Nex yang menjadi kegemaran pencinta teknologi terkini.
Vivo Nex menampilkan keistimewaan simpanan data dan memori 8GB ram + 12GB rom yang memudahkan pengguna membuat simpanan sementara mahupun kekal dengan mudah.
Manakala reka bentuk dan teknologi yang terdapat pada model Vivo Nex ini ternyata memberi keselesaan kepada pengguna yang mencintakan rekaan moden dan kemas.