Skip to main content

Berita Tempatan

Bukan Sombong, Tapi Saya Tidak Mahu Peminat Kecewa - Khai Bahar

khia-b.jpg
Penyanyi baru yang sedang mencipta populariti, Khai Bahar menyedari tentang desas-desus mengatakan dirinya sombong.

Khai atau nama sebenarnya Mohd Khairul Baharuddin, 23, berkata, perkara itu berlaku apabila dia mengambil keputusan untuk tidak lagi membalas mesej peribadi yang dihantar peminat di laman sosial.

"Saya mengambil keputusan ini untuk memberi keadilan kepada peminat dan mengelakkan rasa kurang senang peminat lain yang tidak menerima balasan daripada saya.

"Banyak yang mesej secara personal di Instagram tapi saya tidak buka dan balas satu pun kerana saya tidak mahu jika saya balas nanti ada peminat lain berkecil hati. 

"Namun, saya hanya akan balas mesej yang dihantar oleh mereka di ruangan komen sahaja," katanya kepada Astro Gempak 

Tambah Khai, dia mengakui peminat yang banyak membantu menaikkan kerjaya seninya sebagai seorang penyanyi namun tidak pernah terdetik dihatinya untuk bersikap sombong kepada mereka.

"Kenapa saya harus sombong dengan peminat sedangkan mereka yang sering berada dibelakang untuk menyokong kerjaya seni ini" ujarnya. 

Dalam perkembangan lain, Khai baharu sahaja melancarkan single keduanya berjudul Dari Jauh Saja.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement