Skip to main content

Budaya Popular

Buat Trend Velocity Siap Bagi 'Mini Love', Netizen Happy Tengok Fattah Amin & Amira Othman - "Kami Moody Lepas..."

astrogempak_netizen_seronok_fattah_amin_amira_othman.png

Video yang dimuat naik penyanyi, Irfan Haris di TikTok memperlihatkan dia melakukan trend ‘velocity’ bersama kakaknya yang juga penyanyi, Amira Othman mencuri perhatian netizen. 

Apa yang lebih menarik, video itu juga turut memperlihatkan kehadiran pelakon, Fattah Amin yang turut serta melakukan trend tersebut selepas ‘diseru’ netizen. 

“Jangan diseru guys,” tulis Irfan di ruangan kapsyen. 


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja melihat Fattah Amin dan Amira Othman menyertai cabaran itu bersama. 

Malah, ada segelintir netizen sudah mula spekulasi mengenai hubungan mereka selepas melihat aksi pelakon itu yang sempat membuat isyarat ‘mini love’ kepada Amira Othman.

Antara komen yang ditinggalkan: 

“Abang Long kamera dekat depan bukan dekat tepi.”

“Dah kenapa tunjuk mini love dekat kak long ek.”

“Yeah, baru aman damai ye. Thank you Irfan. Kami dah moody dah sejak Fattah dengan bekas isteri dia sama colour baju raya tahun ni,” komen netizen.

Advertisement

Must-Watch Video