Skip to main content

Trend Pasaran

Berkumpul Bersama Keluarga, Ini Lima Staycation Besar Yang Patut Anda Cuba

untitled-design-2019-08-23t095130-974.jpg
Percutian pastinya tambah meriah apabila dinikmati bersama keluarga tercinta.
 
Jika anda masih buntu memikirkan dimanakah sesi berkumpul keluarga yang seterusnya, bagi Gempak bantu. 
 
Lima penginapan ini sesuai dikunjungi untuk anda manjakan ahli keluarga.
 
1. Casugria Dutch Heritage Villa, Melaka


 
Jika anda mahu lari dari tema hipster, villa ini cukup sesuai buat anda. 
 
Berasaskan budaya dan sejarah kolonial negeri Melaka, rumah ini boleh memuatkan sehingga 12 ahli keluarga anda. 
 
Harga: Daripada RM1,685 untuk satu malam.
 
2. Selepas Hujan, Seremban


 

Anda dan keluarga mahukan ketenangan ditemani alam semulajadi, tempat ini sepadan.
 
Banglo ini boleh memuatkan 11 orang ahli keluarga anda dengan selesa. 
 
Harga: Daripada 1,400 untuk satu malam.
 
3. RumahKebun, Hulu Langat


 
Lokasi yang tidak jauh dari Lembah Klang, RumahKebun boleh memuatkan 16 tetamu dalam satu-satu masa. 
 
Dikelilingi alam semulajadi dan sungai, ia sempurna untuk lokasi percutian keluarga anda yang seterusnya. 
 
Harga: RM1,500 untuk satu malam. 
 
4. Farmer Hut Retreat, Cameron Highlands


 
Cameron Highlands adalah lokasi sesuai untuk anda mengadakan pertemuan keluarga. 
 
Anda boleh menginap di Farmer Hut Retreat yang boleh memuatkan 13 orang. 
 
Harga: Dari RM452 untuk satu malam.
 
5. Temasek Retreat, Port Dickson. 


 
Jika anda mempunyai keluarga besar, Temasek Retreat ini suat menumpatkan tetamu sehingga 25 orang.
 
Terletak berdepan dengan laut, rumah dengan permandingan ini selasa mengejutkan.
 
Harga: Dari RM,400 untuk satu malam. 


Layari www.etravelfair.com.my untuk mengetahui lebih lanjut pelan pelancongan yang ditawarkan.
 
Senarai rasmi pakej dan harga akan dilancarkan secara rasmi pada 2 September
 

Advertisement

Must-Watch Video