Skip to main content

Berita Tempatan

Berikan Kejutan, Achey Tunaikan Hajat Pesakit Kanser

achey_8.jpg
Pelawak dan penyanyi Achey, akhirnya menunaikan hasrat seorang pesakit kanser, Aliff Danial yang ingin bertemu dengannya di hospital.

Menurut Achey, dia kagum dengan kecekalan yang ditunjukkan oleh Aliff dan berharap keluarganya tabah menempuhi dugaan ini.

"Assalamualaikum. Alhamdulillah permintaan ini di lunaskan demi menyuntik sedikit semangat seorang pejuang kanser kanak-kanak.

"@aliffdanialcancerfighter, dia sangat-sangat bijak dan peramah. Daya ingatan yang sangat tinggi.

"Sayu hati yang harus dipendam bila bersemuka dengannya kerana dia mahukan tawa dan senyuman.

"Tahniah kepada keluargamu nak kerana ujian ini mereka lalui dengan penuh redha. Kena dengan nama ig @aliffdanialcancerfighter," tulisnya.
 

Rata-rata mengucapkan tahniah kepada Achey kerana berjaya merealisasikan impian Aliff untuk bertemu dengannya dan mendoakan agar kanak-kanak itu segera sembuh.

Sebelum ini, Neelofa berkongsi di laman Instagramnya apabila dia melawat
dan beramah mesra dengan pesakit kanser di HKL.

Neelofa juga sempat menitipkan pesanan buat Achey bahawa ada seorang
pesakit kanser yang ingin berjumpanya dan perkara itu membuatkan kehadiran Achey ke hospital untuk bertemu Aliff.

Must-Watch Video

Advertisement