Skip to main content

Berita Tempatan

"Beg Puluhan Ribu Tak Dipandang Pun," - Lana Nodin Lebih Teruja Dapat Mesin Pengadun Sebagai Hadiah

lana1.jpg
Pelakon Lana Nodin berkongsi kepada umum hadiah yang diterimanya daripada suami sempena ulang tahun kelahirannya.

Menerusi perkongsian video di Instagram miliknya itu, Lana, 39, menerima empat buah beg tangan berjenama mewah berserta perkakas dapur berupa mesin pengadun.

"Alhamdulillah syukur sangat pada Allah dapat cik suami yang pemurah lagi penyayang. Love you darling.

"Walaupun hari-hari kena jeritanku bila bab dia beli hadiah dia win. Dah lama beli hadiah birthday baru nak buka hari ini. Terima kasih sayang. Dapat kumpul beg lampin," tulisnya.

 

Perkongsian Lana itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

Rata-rata mereka terkejut dengan reaksi Lana yang tidak teruja menerima beg mewah bernilai puluhan ribu ringgit tersebut.

Sebaliknya, Lana lebih berminat dan meluahkan rasa gembiranya dengan mesin pengadun yang diterima.

"Beg puluhan ribu tak dipandang pun, mixer jua menambat hati.

"Mixer yang dia terujakan Kak Lana. Beg tak belek pun. Samalah bila duduk dapur ni yang paling seronok alat nak masak paling seronok dapat," komen sebahagian netizen.

Bahkan Lana turut mengakui bahawa dirinya lebih teruja dengan alat perkakas dapur sebagai hadiah.

" Ya..sebab yang ini akan guna lebih lama di dapur," tulisnya sebagai menjawab persoalan netizen.

Lana mendirikan rumah tangga dengan David McKienzie pada Mei 2015.

Hasil perkongsian hidup pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata Gia Quinn McKienzie, 3, dan William Daud McKienzie yang kini berusia setahun.

Must-Watch Video

Advertisement