Skip to main content

Berita Tempatan

Baru Tengok Trailer Tapi Ramai Yang Dah Tak Sabar Nak Tonton The Garden Of Evening Mists, Filem Wajib Tengok Ni!

tgoem1-(1).jpg
Filem The Garden of Evening Mists (TGOEM) yang bakal menemui penonton di pawagam pada 16 Januari depan kini semakin menjadi bualan pengguna di laman sosial.
 
Rata-rata pencinta filem tidak sabar untuk menunggu hari tayangan yang bakal menjelma kira-kira tiga minggu lagi selepas menonton sendiri sedutan trailer filem berkenaan di Youtube menerusi saluran Astro Shaw.
 
"Wow, sangat dramatik! Mesti tonton filem ini.
 
"Tak sabarnya!
 
"Wow, ia benar-benar hebat, trailer filem yang cukup menarik yang memaparkan zaman perang di Malaya. Saya harap filem itu nanti tidak mengecewakan," tulis sebahagian netizen di ruangan komen.



 


 
TGOEM merupakan filem adaptasi novel hasil karya anak tempatan, Tan Twan Eng yang menggunakan tenaga produksi dari beberapa buah negara termasuklah, Malaysia, Taiwan, Jepun, Singapura, India, Australia dan United Kingdom.
 
Teerdahulu, naskhah berkenaan sudah membuat tayangan perdana di Festival Filem Antarabangsa Busan ke-24 dan Festival Filem Asia Hong Kong baru-baru ini.
 
Filem yang mendapat sentuhan sutradara Taiwan, Tom Shu Yu Lin itu menceritakan kesengsaraan kehidupan Teoh Yun Ling (lakonan Sinje Lee) akibat kekejaman Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu yang cuba mencari ketenangan di Cameron Highlands.

Bagaimanapun, sewaktu di sana, ketika dia berusaha untuk membina sebuah taman bagi menzahirkan penghormatan kepada adik perempuannya yang terkorban, dia menjalin hubungan cinta terlarang bersama seorang tukang kebun bernama Nakamura Aritomo (lakonan Hiroshi Abe).
 
Antara nama besar yang menjayakan filem tersebut termasuklah Sinje Lee (The Eye), Hiroshi Abe (After The Storm), Sylvia Chang (Love Education), David Oakes (Cold Skin), Julian Sands (The Girl With The Dragon Tattoo) dan John Hannah (The Mummy).
 
TGOEM merupakan filem terbitan Astro Shaw dan HBO Asia yang mendapat sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan CJ Entertainment.
 

Must-Watch Video

Advertisement