Skip to main content

Viral

Anggap Tiada Jodoh, SoneOne Mahu Move On! Semuanya Diceritakan Dalam Lagu Terbaru?

untitled-design-2021-11-14t150859-269.png
Mengharungi sendiri jatuh bangun dalam kehidupan selain mengamati pengalaman sama orang lain menjentik rasa dan emosi tersendiri buat penyanyi hip hop dan komposer, SonaOne, 32.

Lalu terhasillah buah tangan terbaharu jejaka kacukan Melayu-Perancis dengan nama penuh, Mikael Adam  Mohd  Rafee  Michel  Lozach  ini.  Tidak  bersendirian,  lagu  diberi  judul SAPE  KATA itu  turut dihasilkan bersama dengan Wolfy.

Dicetuskan ketika  era  pandemik  COVID-19, lagu  yang  liriknya ditulis SonaOne  sendiri  bersama  Axel Jonas itu dirakamkan sekitar Julai tahun lalu.

Ditanya apakah idea penghasilan karya berkenaan lebih tepat  mengenai pengalaman kisah cinta sendiri, SonaOne yang mula melangkah ke arena seni pada 2010 dilihat memberi jawapan selamat.

"Jawapan kepada soalan apakah ia cetusan ilham kisah cinta sendiri, boleh jadi ya... atau sebaliknya. Ia  terpulang  kepada  apa  juga  interpretasi  atau  tafsiran  masing  masing.  Namun  ia  jelas  bersifat peribadi.

"Tapi tak dinafikan ada input dan ilham itu datang daripada pengalaman sendiri. Namun saya melihat lagu  ini  daripada  cerita  umum  atau  adat  berkasih  sayang  yang  akan  berlaku  salah  faham  dan  jiwa kacau.

"Ia juga berdasarkan pengamatan saya mengenai pelbagai cerita dialami ketika COVID-19 menjelma. Ramai  teman  saya  sendiri  putus  cinta  daripada  hubungan  yang  panjang  kerana  kekurangan  sisi komunikasi," katanya yang kali terakhir muncul dengan single solo Bomba tahun lalu.

Lagu gabungan pop R&B dan hip hop ini dilancarkan di semua platform digital pada 12 November, dua hari lalu.  Malah  jika  ada  mengikuti  perkembangan  SonaOne  di  media  sosial,  teaser  lagu  itu  ada dipromosi di akaun Instagram, Twitter dan halaman Facebook (Fanpage) Oktober lalu.

"Lagu  ini  banyak  bermain  dengan  perasaan  dalaman  ditambah  dengan  emosi  bercelaru.  Malah memang sengaja perkataan siapa dieja seperti bahasa pasar sebagai 'sape'.

"Lagu ini menggunakan bahasa Malaysia dan Inggeris. Pendek kata lagu ini barangkali dekat dengan sesiapa saja yang pernah melalui plot hubungan penuh dramatik," katanya.

Menutup bicara, jejaka yang pernah tampil dengan dua album studio, Growing Up Sucks pada 2016 dan  Detail  (2019)  ini  juga  sempat  diusik  dengan  kisah cintanya  yang  pernah  digembar  gemburkan sebelum ini.

Biarpun  tidak  pernah  mendedahkan  kisah  cintanya  secara  terbuka,  namun ada  yang  menghidunya. Malah,  dia  pernah  mengeluarkan  kenyataan  akan  mengumumkan  perancangan  berkahwin  dengan gadis yang masih rahsia lagi identitinya. 

Bagaimanapun cerita itu bagai berlalu sepi, hingga ada yang mengandaikan ia sudah bernoktah.

"Saya mahu 'move on'. Saya anggap tak ada jodoh dengannya. Tak semua yang kita dambakan akan berakhir seperti sebuah kisah dongeng," katanya lagi.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!


Advertisement

Must-Watch Video