Skip to main content

Berita Tempatan

"Alhamdulilah, Syukur Berkat Doa Mak, Rezeki ....." - Umie Aida

ummie_1.jpg
Aktres Datin Seri Umie Aida mengakui bersyukur apabila dinobatkan sebagai pelakon wanita terbaik dalam alam Festival Filem Malaysia (FFM30).

Menerusi entri di Instagram (IG), Umie kemenangan tersebut merupakan penghargaan kesembilan dalam kerjaya seninya selama ini.

"Alhamdulilah. Syukur berkat doa mak, rezeki berpihak pada saya. Penghargaan yang ke-9 buat saya sepanjang penglibatan saya dalam seni dan pertama kali saya blank atas stage. 

"Tak tahu kenapa saya bole blank. Sekarang saya faham erti blank. Saya nak ucapakan terima kasih kepada orang kuat yang telah berusaha keluarkan dukun dari oven.

"Najwa & team astro, @dominique_hee, pengarah Dain Said dan seluruh keluarga dukun kerana Diana Dahlan adalah tanda nilai cinta kita selama lebih 12 tahun untuk produksi ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulilah.. syukur berkat doa mak , rezeki berpihak pada me. Penghargaan yg ke 9 buat me sepanjang penglibatan me dlm seni. Dan pertama kali me blank atas stage. Tak tahu kenapa me bole blank. Skg ku faham erti blank ? me nak ucapakan terima kasih kepada orang kuat yang telah berusaha keluarkan dukun dari oven .. Najwa & team astro , @dominique_hee , pengarah Dain Said dan seluruh keluarga dukun kerana Diana Dahlan adalah tanda nilai cinta kita selama lebih 12 tahun untuk produksi ini..terima kasih FINAS dan barisan juri yang memilih saya dan kemenangan ini juga mewakili semua rakan di dalam kategori Pelakon Wanita ini yang amat saya hormati. Semoga karya karya kita juga akan terus mengangkat kekuatan dan perjuangan wanita sebagai simbol perubahan sebagaimana seni itu perlu dihormati dan dikasihi. ?? #ffm30 #dukun #2019 #bestactress

A post shared by umieaida ?? (@umieaida9) on


"Terima kasih FINAS dan barisan juri yang memilih saya dan kemenangan ini juga mewakili semua rakan di dalam kategori Pelakon Wanita ini yang amat saya hormati. 

"Semoga karya karya kita juga akan terus mengangkat kekuatan dan perjuangan wanita sebagai simbol perubahan sebagaimana seni itu perlu dihormati dan dikasihi," tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah kepada Umie dan mengakui dia memang layak untuk memenangi anugerah tersebut.

Must-Watch Video

Advertisement